Sebelum menjalin hubungan baru, perhatikan beberapa kategori lelaki yang layak bertakhta di hatimu. Sekiranya tidak, lupakan sahaja hasrat kamu untuk menyintainya dan berhati-hatilah dalam memilih pasangan hidup. Berikut, perkara yang perlu kamu beri perhatian sebelum menerima cinta baru.1. Teman hidup baru
Cara mengenalinya:
Belum apa-apa lagi, dia sudah menceritakan tentang sikap curang kekasihnya dahulu dengan lelaki lain. Dia seolah-olah meminta simpati daripada kamu. Malah, dia mengatakan tidak sabar untuk mendengar cerita mengenai putusnya hubungan kamu dengan bekas kekasih. Sikap ini menunjukkan dia seorang yang pemarah.
Mengapa dia menggoda:
Kamu berhadapan dengan musuh yang sama iaitu dia menyerupai bekas kekasihmu yang dulu. Dari segi sikap 'panas' si dia, itu akan membuatkan kamu berasa 'bersimpati' terhadapnya.
Tinggalkan:
Teman baru kamu (yang juga baru putus hubungan) selalunya akan menyalahkan bekas kekasihnya. Dia tidak sesekali memberitahu keburukan dirinya kepada kamu, takut kamu menolak cintanya bulat-bulat. Kebiasaannya, dia adalah orang yang paling bermasalah dalam perhubungan dan belum bersedia untuk menjalin hubungan baru.
2. Sahabat dan bekas kekasih
Cara mengenalinya:
Dia tidak tertarik mengenai perbicaraan lain kecuali membicarakan hal berkaitan bekas kekasihnya.
Mengapa dia menggoda:
Sudah jelas terbukti dia inginkan kamu memberi kuasa peralihan atau tumpuan kepada dirinya.
Hindari:
Tetap menjaga hubungan baik dengan sahabat, tentu tiada salahnya. Tetapi, apabila dia selalu berbicara mengenai bekas kekasihnya, seolah-olah tiada insan yang lebih sempurna berbanding kekasihnya dulu. Ini bererti, dia masih mencintai dan masih ingin kembali kepada kekasihnya yang dahulu. Tinggalkan sahaja dia.
3. Jenis berpengalaman
Cara mengenalinya:
Dia seorang yang tertutup, memakai sepatu mahal, sentiasa ingin tampil rapi dan selalu menghindari perbincangan bersifat peribadi.
Mengapa dia menggoda:
Seperti permainan tenis, jika kamu seorang pemain profesional berganding dengan pemain yang tidak pengalaman, kamu akan merasakan seolah-olah berada di peringkat baru hendak belajar. Demikianlah juga halnya dengan lelaki berpengalaman. Ini bermaksud, dia pandai membuatkan kamu berasa nyaman, relaks dan aman.




0 komentar:
Posting Komentar