Rabu, 22 Juli 2009

Benarkah cinta itu menyakitkan?

Setiap orang mempunyai makna cinta yang tersendiri. Ada yang bilang, cinta itu menyakitkan dan jangan kau hampirinya. Tetapi, ada juga yang bilang, cinta itu mengasyikkan sehingga kau akan terbawa-bawa dengan ombak asmaranya. Dan ada juga yang bilang, cinta itu indah dan tiada ungkapan yang dapat menyatakan maksud cinta yang sebenarnya

Bagi yang mengatakan bahawa cinta itu menyakitkan, memang benar. Walau sepadan mana pun sepasang kekasih itu, akan ada juga masalah yang timbul. boleh diibaratkan, langit tak semestinya senatiasa cerah. Dalam berkapel ini, kita memang tidak boleh lari dari masalah. Bahkan, kita sendiri yang perlu menghadapinya dan juga menyelesaikan masalah tersebut.


Kesakitan cinta ini makin terasa ngilunya apabila sebuah pasangan itu hancur musnah. Apa yang dijanjikan selama ini, menjadi dusta belaka. Ketika baru sahaja clash, semuanya menjadi tak kena. Semuanya dipersalahkan. Itu tak betul, ini tak betul. Terasa diri ini dihimpit oleh sebuah kereta api dan tiada siapa yang ingin menolong.


Jadi, sekiranya anda ingin menjalin hubungan cinta dengan seseorang, ingatlah. Cinta itu tak semuanya indah. Dan anda perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku. Yang pasti, dalam percintaan akan ada pasang surutnya hubungan. Cuma kita tidak tahu, kapan ia akan berlaku. Mungkin hari ini, esok, atau lusa.


0 komentar:

Posting Komentar